Pages

Thursday, December 23, 2010

Haruskah wanita diherdik?

Coretan ini aku inspirasikan dari seorang kawan.

Kisah seorang lelaki yang menindas perempuan yang pernah menjadi cinta hati. Perlukah? Bila sayang semuanya indah, bila putus semuanya hina. Kenapa? Bila bercinta sanggup berhabis duit, bila putus semua diungkit. Perlukah? Kenapa semua ini harus terjadi. Sekiranya benar-benar tiada jodoh kenapa harus diungkit setiap saat bersama apabila putus?? Memburuk-burukkan perempuan yang pernah dia sayang suatu ketika dulu?? Pertama kali aku mendengar kisah lelaki seperti ini. Mungkin tidak semua lelaki begini dan ada juga perempuan yang berperangai seperti ini. Tetapi perlukah perkara-perkara itu diungkit?

"Aku nak kau pulangkan duit aku selama aku dengan kau.. Kau perempuan sundal.. "

Ayat apa ini? Haruskah?? Kenapa lelaki harus bersifat begini. Memaki-maki insan yang dia sendiri pernah sayang. Adakah kerana dia tidak dapat terima kenyataan kerana telah putus dengan perempuan ini ataupun dia sengaja untuk menggunakan kuasa lelaki dia untuk puaskan hati dia sendiri??

Tapi untuk apa??? Masing-masing sudah mempunyai kisah hidup dan perjalanan hidup masing-masing. Sudah ada pasangan masing-masing. Jadi untuk apa lagi masih mengungkit kisah lama? Kenapa mesti memaki hamun perempuan, ugut dan cakap yang bukan?? Adakah perempuan hanya untuk ditindas? Nauzubillah.. Jauhkanlah dari aku benda-benda macam ini.

Wahai kaum wanita dan kepada temanku ini,
Bersabarlah dalam menghadapi semua ini. InsyaAllah satu hari nanti ade keadilan untuk kita, para-para wanita.

Kepada kaum Adam;
Jagalah maruah seorang wanita sebaiknya. Bukannya untuk dimaki, diherdik sesuka hati. Kelak satu hari nanti kau akan terima pembalasan yang sama. Mungkin kaum wanita tidak berupaya untuk melawan. Tapi ingatlah, hidup ini ibarat roda. Mungkin hari ini kamu berada di atas dan menjadi raja, melakukan sesuka hati. Tapi ada pembalasan untukmu suatu hari nanti.

Jangan tindas wanita

Berfikir aku lagi. Kalaulah aku mengalami benda yang sama, apa yang akan aku lakukan?

No comments:

Post a Comment