Pages

Thursday, December 30, 2010

Budaya CINTA di Kampus

Perlukah? aku baru terbaca berita di Metro di ruangan Bistari yang mengatakan cinta di kampus mampu mencetuskan fenomena tdak terkawal dan dikhuatiri akan menyebabkan mahasiswa tergelincir dari tujuan asal mereka ke menara gading. Fokusnya di sini " Benarkah"?

Bagi sesetengah mahasiswa berpendapat isu ini memang benar dan ada juga sesetengah mahasiswa berpendapat isu ini tidak benar. Tetapi sekiranya bercinta sesama kampus menjadi isu besar bagaimana pula dengan isu mahasiswa bercinta dengan orang luar? Sedangkan dua situasi ini merujuk kepada isu yang sama.

Bagi pendapat aku yang juga seorang mahasiswi, bercinta sesama kampus tidak menjadi kesalahan asalkan mahasiswa/mahasiswi tahu untuk membezakan dan membahagikan masa antara pelajaran dan kekasih.Ada juga yang menjadikan kekasih sebagai penyebab untuk dia berjaya di dalam kampus. Adakah perkara ini menjadi kesalahan?

Dan isu kedua yang dibangkitkan adalah "Adakah hubungan sewaktu di kampus boleh berkekalan hingga ke jinjang pelamin?" Isu ini adalah sensitif. Jodoh pertemuan semuanya terletak di tangan Tuhan. Ada juga yang berkekalan tetapi ada juga yang tidak.So kepada semua mahasiswa/mahasiswi. Anda boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk untuk anda. Yang penting ingat perkara pertama anda ke menara gading adalah untuk belajar.

p/s : Aku bercinta juga and aku belajar juga. (hahahahaha)


2 comments: