Pages

Wednesday, December 29, 2010

Biar Malam Peneman Sepi

"Aku tak suka kau! Aku nak cerai dengan kau. Kau sial. Kau tak layak jadi suami aku!! " jerit Isya dengan kuat.

Pang!!!!!!!! Satu tamparan singgah di pipi Isya sehingga Isya terjatuh di atas lantai.Itulah kali pertama Ilham melepaskan tamparan di pipi Isya. Mungkin sudah tidak tahan dengan cacian Isya terhadap dirinya.

"Kau memang lelaki tak guna!!", jerit Isya seraya berlari keluar dari bilik meninggalkan Ilham termangu sendirian di dalam bilik. Isya berlari sekuat hati. Mahu berlari dan meninggalkan rumah yang tidak pernah memberi kebahagiaan pada diri dia. Ilham dikahwini atas permintaan orang tua yang hendak mengukuhkan perniagaan di antara mereka. Bukan kehendak Isya mahupun Ilham. Ilham juga tidak pernah menyentuh Isya walaupun sudah hampir enam bulan Isya menjadi isterinya yang sah.

Isya berlari menuju ke perhentian bas. Hari semakin lewat malam. Dua orang pemuda kebetulan sedang lepak-lepak di perhentian bas sambil rokok di tangan. Asap berkepul-kepul ke udara. Kedua-dua lelaki terbabit memandang Isya dengan pandangan yang tajam. Isya perasan dengan renungan pemuda-pemuda tersebut. Isya berasa tidak sedap hati dan mula pergi meninggalkan mereka. Isya diekori dari belakang oleh dua pemuda tersebut. Isya mula berlari tetapi larian pemuda-pemuda tersebut berjaya mengalahkan Isya.

Tangan Isya dipaut dengan kuat. Mulut Isya ditutup dengan telapak tangan. Isya meronta-ronta untuk lepaskan diri. Tetapi tiada siapa yang lalu di kawasan itu. Isya menyesal kerana ikutkan hati marahnya pada Ilham. Isya cuba untuk lepaskan diri tetapi tidak berjaya. Isya ditampar sehingga Isya tidak sedarkan diri. Isya diseret untuk dibawa ke satu kawasan yang sunyi. Tiba-tiba cahaya lampu menyuluh ke arah pemuda-pemuda tersebut. Ilham datang tepat pada waktunya. Ilham bergaduh bersama pemuda-pemuda tersebut demi menyelamatkan Isya. Demi menyelamatkan maruah seorang wanita yang bergelar isteri. 

Di saat Ilham sedang bertumbuk, satu batang kayu telah menembusi perut Ilham. Darah meleleh keluar dari perut Ilham. Hanya rintihan yang kedengaran dari mulut Ilham. Kedua-dua pemuda tersebut lari meninggalkan Ilham dan Isya yang tidak sedarkan diri di tepi jalan.

Isya berasa perit ketika membuka mata. Cahaya lampu menerjah mata Isya. Isya terpinga-pinga. Kelihatan mama Isya duduk bersebelahan Isya.

"Mama, Isya di mana ma?", Isya memandang sambil memandang mamanya. Kelihatan wajah mamanya sugul.

"Isya di hospital sayang tapi jangan risau. Isya baik-baik saja sayang. Cuma.... ", mama Isya tidak meneruskan kata.

"Cuma kenapa ma?", tanya Isya cemas.

"Cuma Ilham sayang. Ilham sekarang ada di Unit Rawatan Rapi. Ilham kehilangan banyak darah ketika menyelamatkan Isya". Isya terkejut dengan apa yang dikatakan oleh mamanya.

"Ma,Isya nak jumpa Ilham. Bawa Isya jumpa Ilham ma...." Isya sudah menangis teresak-esak. Mama Isya tidak sampai hati melihat keadaan Isya. Mama Isya meminta jururawat membawa kerusi roda untuk Isya. isya didudukkan di atas kerusi roda. Isya dibawa oleh mamanya untuk berjumpa Ilham. Kelihatan mama dan papa Ilham di luar pintu ICU. Papa Isya juga kelihatan di situ. Semua nampak sedih. Isya di bawa berdekatan pintu ICU. Dari luar Isya dapat melihat keadaan Ilham. Sayu hati Isya melihat keadaan Ilham. Airmata Isya semakin deras mengalir melihat keadaan suaminya. Ilham seolah-olah tidak bermaya. Doktor masih berusaha menyelamatkan Ilham.Tetapi tuhan lebih sayangkan Ilham. Khabar yang diberi oleh doktor membuatkan Isya tidak berjaya mengawal kesedihan. Isya menjerit sekuat hati. 

Satu minggu sudah berlalu. Jenazah Ilham juga sudah selamat dikebumikan. Isya kini kembali ke rumah yang memberi seribu satu kenangan ketika Isya bergelar isteri. Walaupun Isya tidak pernah disentuh tetapi Isya dihormati oleh Ilham sebagai seorang Isteri. Cuma sikap Isya yang tidak pernah mahu menerima kasih sayang dan keprihatinan Ilham ke atas dirinya. Isya menyesal dengan tindakannya terhadap Ilham.

Isya naik ke tingkat atas dan memasuki bilik tidur Ilham. Ini adalah kali pertama Isya memasuki bilik Ilham. Isya mendekati meja Ilham. Sekeping gambar perkahwinan mereka tersemat indah di dalam bingkai gambar dan diletakkan di atas meja. Isya duduk di atas bangku sambil melihat gambar itu. Kelihatan dua ayat yang bertulis, 

" Abang sayang Isya sepenuh hati abang. 
Izinkan abang untuk menjaga Isya seumur hidup abang "

Airmata Isya mengalir deras. Isya menangis sendirian sambil memeluk gambar di dalam pelukannya.

"Maafkan Isya,abang"

No comments:

Post a Comment