Pages

Monday, November 29, 2010

Seandainya Esok Hari terakhir Aku

Seandainya esok hari terakhir aku melihat dunia
Apa yang bermain dalam minda aku?
Apa yang akan aku katakan?
Apa yang aku ingin lakukan?

Seandainya esok hari terakhir aku
Aku ingin memohon kepada Mu ya Allah
Kau panjangkanlah usia aku
Berikanlah kesempatan kepadaku
Untuk beramal kepada Mu
Berilah kesempatan kepadaku
Untuk membalas jasa kedua ibu bapaku

Seandainya esok hari terakhir aku
Berilah aku peluang untuk memohon maaf
Kepada semua kenalan
Berilah aku peluang untuk mengucup pipi ibu dan bapa ku
Berilah aku peluang
Untuk aku mengatakan kepada mereka
Aku sayang mereka..

Seandainya esok hari terakhir aku
Ingin aku bersama-sama insan yang aku sayang
Ingin aku menghembuskan nafas terakhir aku
Di depan semua insan yang aku sayang
Ingin aku menatap wajah-wajah insan yang aku sayang

Tapi kenapa?
kenapa mesti aku menunggu
Kenapa mesti aku menunggu seandainya esok hari terakhir aku?
Kenapa tidak hari ini..
Kenapa tidak saat ini..
Ampunkan aku ya Allah...




No comments:

Post a Comment