Pages

Thursday, November 25, 2010

Kiamat

Pagi ni aku dengar ank buah aku ckp pasal kiamat. Aidil ank buah aku yg bru umo 9 tahun tnye pd adik aku yg umo 8 thun.

Aidil : mak usu, ko rasa dk danisha (ank buah aku bru umo 1 tahun lebey) dpt besar mcm kita x?
Adik aku : boleh lah.. nanti lama2 dia besar ler.
Aidil : mana blh besar. Kan 2012 dah kiamat....Tanah2 nnti semua pecah.

Aku terus pndag dowg. Ya Allah, klu lh dowg thu betapa azab nyer meniti hari kiamat tentu dia xkn ckp mcm tu. Tapi dowg masih kanak2 suci yang terus dijanjikan syurga. Masih seperti kain yang putih. Tapi aku? Cukup ke amalan aku utk aku menghadapi alam akhirat? Bagi aku pulak biar lh aku mati dulu sebelum tiba nyer hari kiamat. X sanggup aku menghadapi hari tu. Bila aku tgk dowg berbual ttg kiamat, xde sedikit pun perasaan takut pada dowg. Tapi hati aku yang terdetik, hati aku yang merasakan betapa dasyatnyer hari kiamat. Semuanya dah diterangkan dalam Al-Quran betapa dasyatnya hari Kiamat. Semua isi alam hancur. Tiada apa yang tinggal. Alam akhirat yang kekal abadi.

Antara syurga dan neraka tempat kita?? renung-renungkanlah.. Di mana kita hendak letakkan diri kita dan di mana tempat kita dengan segala perkara-perkara yang pernah kita lakukan selama kita bernafas...


Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

No comments:

Post a Comment