Pages

Tuesday, November 9, 2010

kami tetap menyayangi mu

Malam nie hati aku menggerakkan tangan aku nie untuk menulis kat blog. Apa yang aku nak berkongsi malam nie ialah pemergian salah seorang dari ahli keluarga aku... walaupun sudah dua tahun tapi semua yang berlaku seolah-olah baru aku dan kluarga alami.Baru sesuap nasi yang masuk kedalam mulut ibu terhenti hanya dengan satu deringan telefon yang membawa berita kematian abang aku... Serta merta airmata mengalir dari pipi aku.. Apatah lagi melihat keadaan ibu. Semua nya ibarat mimpi ngeri bagi keluargaku..

Arwah abang pergi meninggalkan kami pada 17 jun 2008 dalam perjalanan untuk berjumpa dengan isterinya di Penang.Tapi takdir lebih dahulu menemui arwah apabila terlibat dengan satu kemalangan ngeri di lebuhraya.. Arwah abg merupakan seorang askar. Sebelum kejadian berlaku arwah berada di perak kerana lawan ragbi. Abis jer lawan,petang nyer arwah bersiap-siap untuk menemui isterinya di penang kerana isterinya bercuti.Walaupun telah ditegah oleh ketua tapi arwah tetap berkeras untuk balik penang berjumpa isterinya.Mungkin kerana mereka telah lama tidak berjumpa kerana arwah sibuk dengan kursus kenaikan pangkat dan kakak ipar juga pada waktu itu masih menuntut di institusi perguruan. Mereka baru berkahwin...

Dan malang tidak berbau. Kejadian buruk menimpa abang. Punca kejadian masih tidak dapat dikenalpasti kerana arwah dilanggar pada waktu malam dengan suasana yang gelap. Laporan yang disampaikan arwah telah dilanggar lebih dari satu kenderaan.Lori,kereta... Mungkin keadaan yang gelap menyukarkan pemandu untuk melihat arwah yang telah berada di tengah jalan selepas di langgar.Siapa dulu yang melanggar arwah????????? Semakin deras airmata aku apabila aku mengenangkan keadaan arwah pada masa itu.Arwah meninggal di tempat kejadian... Keadaan arwah amat menyedihkan..

Rumah aku penuh sesak dengan jiran-jiran yang datang menziarahi. Jenazah arwah dihantar ke hospital taiping untuk bedah siasat.Mujur pada waktu kejadian seorang lagi abang ku yang bekerja sebagai bomba berada di perak kerana berkursus. Beliau lah yang menjadi saksi dan mngecam arwah walaupun keadaan arwah sukar untuk dikenal pasti. Perkhabaran yang kuterima abang ku pengsan di hadapan hospital tatkala melihat keadaan arwah. Saudara ku yang menetap di perak juga bergegas ke hospital setelah mendapat berita.mereka lah yang membantu menguruskan jenazah kerana keluarga ku pada saat itu tidak mampu untuk ke perak.Isteri dan juga keluarganya bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat berita. Perkarangan hospital penuh sesak dengan polis,saudara,isteri dan keluarganya,serta juga anggota askar yang bersama-sama ke perak untuk lawan ragbi.Malahan anggota-anggota askar ini lah yang membantu mengutip sisa-sisa badan arwah yang berada di jalan.

Di rumah ku pada saat ini penuh dengan jiran-jiran yang datang menziarahi. Semua terkejut dan tidak percaya dengan apa yang mereka dengar. Tapi apakah daya kite. Setiap yang hidup pasti juga akan pergi.Keesokkan harinya Jenazah tiba di melaka, di rumah ku pada pukul 5 ptg.Perkarangan rumah ku pada saat ini penuh dengan sanak saudara,jiran-jiran tetangga dan juga askar-askar dari PD,Sg Besi,Terendak dan Perak... Aku masih mampu mengawal tangis ku pada saat ini tetapi sebaik sahaja van yang membawa jenazah arwah tiba, airmata ku terus turun. Ibu sudah hilang semangat..Gugur ke tanah dan dipaut dengan saudara mara. bacaan yasiin kuat kedengaran.. Jenazah diturunkan dengan penuh hati-hati oleh askar-askar.. Sehelai bendera Malaysia menutupi keranda menandakan gugurnyer seorang parajurit tanahair.

Sebelum keranda dibuka,pegawai tertinggi berpesan supaya memperbanyakkan bersabar ketika melihat arwah. Keluarga ku diberi peluang untuk melihat dan menatap arwah untuk kali terakhir. Deras airmata ku melihat wajah arwah. Terpejam rapat matanya.Sungguh besar kuasa Illahi. Sayu aku melihat,sayu lagi ibu yang menatap.Kami tetap dapat melihat arwah walaupun keseluruhannya muka dan badannya diisi dengan kapas...Hujan renyai-renyai menemani kami di saat itu.Seolah-olah memahami kehilangan yang kami rasakan.jenazah dibawa kemudiannya ke Masjid untuk dimandikan dan di kuburkan di tanah perkuburan Islam Sempang Kerayong. Sebaik sahaja imam mengaminkan bacaan doa,kedengaran azan Maghrib di masjid berdekatan.. Ya Allah,besar sungguh Kekuasaan-Mu ya Allah...... tempatkan lah abangku di kalangan orang-orang yang beriman, di kalangan hamba Mu yang soleh... Cucurilah rahmat ke atas roh nya Ya Allah... Amin..........

*Sesungguhnya ajal pasti akan menemui kita satu hari nnti.. Cepat atau lambat dan bagaimana kematian itu semuanya telah tercatat. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.....

*Abang..sesungguhnya kehilanganmu tiada pengganti.. Damai lah kau di sana.. Kami sentiasa merindui mu..........

No comments:

Post a Comment