Pages

Tuesday, November 9, 2010

Faks...faks...faks

Jeritan suara wanita pernah kedengaran di telinga ku. Aku menyedekahkan al-Fatihah di dalam hati.mungkin ada makhluk-makhluk Allah yang berada di dalam kesulitan. tersenyum aku melihat gelagat pelajar-pelajar di poli.bermacam-macam kerenah,bermacam-macam gelak ketawa.yang perempuan manis bertudung,yang lelaki comel-comel belaka. teringat waktu perkuliahan aku di poli dulu. mungkin beginilah telatah aku dan kawan-kawan.aku meneruskan langkah menuju ke pusat pentadbiran.
"assalammualaikum",sapa ku kepada smua staff di pentadbiran. semuanye menoleh memandang aku. malu menerpa di segenap inci muka. tapi aku menebalkan muka dengan tersenyum kepada semua..
"saya nak amik semua faks untuk unit ICT". aku bertanya dengan salah seorang staff di pentadbiran.
"Awak student practical dari ICT ke?" tanya salah seorang staff kepada ku. Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum.
"Tapi tak pernah pun nampak awak kat unit ICT? owh.. awak duduk kat dalam yer". Aku mengangguk dan mata aku mencari-cari faks yang dikirimkan ke unit ICT.Bukan aku malas nak layan tapi aku kurang bercakap dengan orang yang aku tak kenal. Aku menyemak faks-faks yang ada di depan mata.Setelah aku mendapatkan semua faks yang diperlukan aku mengucapkan terima kasih kepada staff di sana.. mereka tersenyum dan aku membalas senyuman mereka..
"peramah betul",bisik aku di dalam hati..

    No comments:

    Post a Comment