Pages

Friday, November 19, 2010

Fahami Aku


Bila aku berlembut
Bukan bererti aku lemah
Bila aku marah
Bukan bererti aku benci

Wahai insan
Fahamilah diri aku

Aku tidak meminta wang ringgit
Untuk aku hidup dalam kemewahan
Aku tidak meminta belas ihsan
Untuk aku hidup dalam perhatian

Apa yang aku inginkan
Fahamilah aku

Aku tidak mahu menjadi api
Yang akan membakar diri
Aku juga tidak mahu menjadi hujan
Yang terus membasahi hati
Izinkan aku untuk terus dengan hidup aku

Kalau kau berada bersama aku
Kelak kau akan merasa
Betapa sakit nya derita yang aku tanggung
Aku rela badan binasa
Aku rela tubuh berdarah
Janji hati tidak terluka

Aku tidak pinta untuk kau simpati
Aku tidak minta untuk kau bersedih
Maafkan aku
Fahamilah aku
Aku cuma sekeping hati
Yang pernah kau lukai..

1 comment: