Pages

Sunday, November 21, 2010

Di pagi Aidiladha

Aidiladha tahun nie sambut ala kadar jer. Dan macam biasa tiap-tiap pagi raya kitaorang akan pergi wakaf menziarahi kubur nenek dan kubur yang tersayang, arwah abang aku yang meninggal dua tahun lepas. Macam biasalah pagi-pagi mak dah kejut nak gi wakaf pagi. Aku dah bangun pagi sempat gak aku tidur balik. Hahaha.. Aku bangun tengok mak aku dah siapkan bunga untuk taburkan atas kubur nanti.

Sebelum pergi kubur aku tanya pada akak aku boleh ke ambil gambar masa kat kubur nanti. Akak aku cakap dia pun x thu. Tapi aku ambil jer buat kenangan dalam blog aku ni. Sekurang-kurang nyer setiap saat aku kat mana pun aku dapat tengok kubur arwah.


Baru habis bacaan Yasin.




Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...



Rumput "kapet" nie memang ditanam atas kubur arwah. So kena dijaga. Kalau panjang tu kena lh kemas kan. Xde lah nampak macam kubur yang x dijaga. Sekarang nie mak dah ok. Dah boleh terima qada' dan qadar. Mula-mula dulu memang kesian jugak tgk. Maklumlah anak yang dia kandung, yang dia jaga, yang dia susukan, dah pergi tinggalkan kitaorang smua. Bukan untuk sehari dua tetapi untuk selama-lamanya. Tapi ini lah yang dikatakan dunia hanya sementara. Akhirat yang kekal abadi..


Yang nie adalah antara aktiviti wajib yang akan dilakukan sebelum masuk kereta and balik rumah. Tanah melekat di selipar lorh. Hahaha..

2 comments:

  1. Al-Fatihah utk arwah...akak lum berkesempatan lg baca Yasin kat kubur arwah...smg arwah ditempatkan di kalangan org beriman..amin...

    ReplyDelete