Pages

Tuesday, November 23, 2010

Indahkah cinta?

Suhaili memandang sekeliling. Tiada apa yang mampu diungkapkan pada saat ini. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Suhaili memandang pakaian pengantin yang masih bersarung di tubuhnya. Serta merta mengalir laju air mata membasahi pipi. Tidak pernah terduga kesudahan hidupnya berakhir seperti ini. Hidup bersama-sama insan yang tidak mungkin mencintai nya dan sentiasa akan berdendam dengannya membuatkan Suhaili berasa seperti hendak lari dari dunia ini.

"Aku terima nikah Siti Nur Suhaili binti Ahmad Fadli dengan mas kahwinnya rm80 tunai " . Dengan sekali lafaz, Wan Nor Razlan bin Wan Zafril sah menjadi suami kepada Suhaili. Tetamu yang hadir menadah tangan memanjatkan doa kesyukuran kepada mempelai. Suhaili terus menitiskan air mata dan sesekali diseka air mata yang jatuh supaya tidak terlalu ketara. Dadanya semakin berdegup kencang tatkala Razlan menghampirinya untuk menyarungkan cincin bagi upacara pembatalan air sembahyang. Razlan merenung tajam ke arah Suhaili sebelum dahi Suhaili dikucup.

"Kau tidak akan hidup bahagia", bisik Razlan di telinga Suhaili. Itulah kata-kata terakhir yang didengar dari mulut Razlan selepas dia bergelar isteri. Selesai sahaja majlis perkahwinan, Razlan terus meminta izin untuk membawa Suhaili ke apartmentnya sendiri dengan alasan mahu memulakan alam rumahtangga. Mama dan papa Suhaili yang tidak mengetahui peristiwa hitam antara mereke terus merestui dengan harapan puteri kesayangan mereka akan hidup bahagia. Tiba sahaja di apartment Suhaili ditinggalkan keseorangan tanpa sebarang pesan dan kata.

Suhaili tersentak dari lamunan apabila terdengar bunyi kereta.

"Mungkin dia dah balik", bisik hati Suhaili. Suhaili terus berlari ke katil dan pura-pura melelapkan mata. Suhaili mendengar bunyi pintu dikuak. Hati Suhaili semakin berdebar-debar. Setiap langkah yang semakin hampir dirasakan seperti malaikat Izrail yang akan menarik nyawanya pada bila-bila masa.

"Woi perempuan! bangun ! Aku cakap bangun!! ", bentak Razlan dengan suara yang meninggi. Suhaili masih mematikan diri seolah-olah tidak mendengar teriakan dari Razlan. Hilang kesabaran Razlan lalu menarik rambut Suhaili sehingga Suhaili terjelepok di atas lantai. Pinggang Suhaili berasa sakit.

" Kau nak apa dari aku Razlan? Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau kahwin dengan aku sedangkan kau tahu aku benci dengan kau ? ", Suhaili memulakan pertanyaan dengan harapan Razlan dapat berkomunikasi dengan cara yang lembut.

"Kau tanya aku nak apa?", Razlan membalas sambil menarik rambut Suhaili. Suhaili merasakan seluruh kepala dan lehernya sakit akibat dari perbuatan Razlan. Suhaili meraung sambil menahan kesakitan. " Kau tahu aku nak apa? Aku nak balas dendam pada kau. Aku nak kau rasakan macam mana rasanya bila kau jatuhkan airmuka aku depan kawan-kawan aku. Hey pompuan, kau jangan pikir kau bagus! Sekarang aku boleh buat apa yang aku suka pada kau!", Razlan melepaskan segala yang terbuku di dada. Razlan tidak mungkin akan melupakan maruah yang tercalar gara-gara perempuan bernama Siti Nur Suhaili. Bermacam-macam cara yang dilakukan untuk mendapatkan Suhaili dan akhirnya dia berjaya dengan taktik kotornya sendiri.

Bersambung.........

No comments:

Post a Comment