Pages

Friday, November 12, 2010

Aku MC..


Ari nie ari pertama aku bertugas selaku pengacara majlis. Pehhh...gigil siot.. tapi demi keayuan yang terpapar di wajah aku nie,aku ttp gaya seperti biasa tnpa menghiraukn kepala2 yg tgh dduk di depan aku. nasib ar keadaan mase tu pengacara majlis kena berdiri belakang pentas. Kalau dok berdiri atas pentas,jgn harap ar aku nk jadi pengacara majlis.. malu siot.. walaupun x seberapa nk malu.. hahahaha..

Antara teks ucapan yang telah disediakan..

Syikin : Mengumumkan ketibaan ........ Pengarah ........ dengan diiringi Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua Jabatan, Ketua- ketua Unit..
Hadirin dipersilakan duduk.

Is : Indah berbalam si awan petang
Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Is : Bismillahhirrahmannirrahim
Alhamdulillahirabilalamin, wasolatu wassalamu ala saidina Muhammadin aysrafil anbiyak iewal mursalin, waala alihi wasohbihi ajmain.

Syikin : Yang Berbahagia ....... Pengarah ........
Yang Berusaha .................. Timbalan Pengarah Akademik
................... Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Yang Dihormati Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka kita dapat berkumpul bersama-sama de Dewan Titanium ini sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Anjuran Unit Teknologi Maklumat, Unit Perpustakaan, Unit Sukan & Ko- kurikulum serta Unit Peperiksaan.

Is : Kalau pergi Tanjung Keramat;
Anak Manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat;
Moga majlis mendapat berkat.

Is : Untuk lebih memberkati Majlis Perhimpunan Bulanan pada pagi ini dijemput En. ................ untuk bacaan doa... Majlis mempersilakan.

Syikin : Terima kasih diucapkan kepada En............... di atas bacaan doa itu tadi.

Syikin : Majlis seterusnya menjemput Ketua Unit Perpustakaan, En. R............. untuk menyampaikan kata-kata aluan.. Majlis dengan ini mempersilakan.

Is : Terima kasih diucapkan kepada En. ............ di atas maklumat yang diberikan.

Is : Majlis seterusnya menjemput .............. selaku Pengarah ............. untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena Majlis Perhimpunan Bulanan pada pagi ini. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..

Syikin : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan pengarah atas kata-kata amanat yang telah diberikan.

Is : Seterusnya mari lah kita bersama-sama menyaksikan montaj yang disediakan oleh Unit Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit Perpustakaan, Unit Sukan & Ko- Kurikulum dan Unit Peperiksaan. Dipersilakan..

Is : Majlis dengan ini diteruskan.
Sempena bulan bahasa yang dijalankan majlis seterusnya menjemput En............, Pensyarah ............ dan merupakan Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan taklimat ringkas. Majlis mempersilakan..

Syikin : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En........ Dengan ini majlis mempersilakan En........ untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada En......... Dipersilakan..

Syikin : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.........

Is : Para Hadirin dipersilakan berdiri untuk bacaan ikrar Perkhidmatan Awam, bacaan ikrar intergriti Perkhidmatan Awam diketuai oleh En........ Dipersilakan.

Is : Sebelum mengakhiri majlis, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa, Politeknik Malaysia, Melaka Maju Jaya dan Negaraku...

Syikin : Bunga dedap di atas para;
Anak Dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara;
Jemari disusun maaf dipinta.

Syikin : Sekian dahulu majlis kita pada kali ini dan disudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.


No comments:

Post a Comment