Pages

Tuesday, November 16, 2010

5 Perkara tentang aku (Part2)

Sekarang merupakan sambungan 5 lagi perkara mengenai aku yang aku rasa amat penting untuk korang tahu. Hehehe..

6) Untuk pengetahuan korang, aku nie geli dengan orang yang tiada rambut atau dalam istilah brutal nya kepala botak. Erkk.. Aku nak cerita panjang2 pasal nie pun aku rasa aku dah geli semacam. Senget-senget kepala aku nie menahan geli. Kuat tol kesan orang kepala botak nie dengan aku. Hahaha.. Aku ingat lagi masa aku tingkatan empat, aku belajar dalam aliran sains tulen, guru bahasa melayu aku seorang lelaki dan kepala dia botak. Aku hairan,pelik dan bercampur ajaib kenapa kepala dia tiada rambut sedangkan janggut dia bukan main panjang lagi. Hahaha..

Nak di jadikan cerita aku pula masa itu memegang jawatan sebagai penolong ketua tingkatan. Memang tugas aku lah berhadapan dengan guru-guru jika berlaku nya pertukaran waktu di sekolah. Setiap kali guru BM mengajar di dalam kelas, memang aku x kan pandang muke dia. Geli...Dia selalu suruh aku hantar buku latihan kt bilik guru dan setiap kali itulah aku hanya angguk jer tanpa melihat muke dia. huhu...

7) Aku x suke ulat gonggok, ular (ulau)....

8) Aku suke pada warna biru, hijau lembut dan yang paling latest aku suke warna ungu. Pink?? Hahaha.. Mesti ramai perempuan2 kat luar sana yang suka warna pink kan? Aku pun suka juga tapi xde lah sampai ke tahap yang melampau. Tapi bila umur semakin meningkat, personaliti kita akan berubah. Begitu juga dengan warna yang korang minat. Kalau dulu korang minat warna hijau sangat2, x mustahil bile umur korang meningkat korang akan minat warna lain plak. Tapi bagi sape2 yang dah ada anak isteri tu jangan lah korang rasa personaliti nie ada kaitan dengan status plak. Kalau tak teruk lah jadi nya. Ari nie isteri lain, 10 tahun lagi ubah cari isteri lain plak.. Mampos.. Hahahahaha

9) Kalau korang tnye aku masakan kampung apa yang aku suke, aku akan jawab "pucuk ubi rebus".. Cicah dengan sambal kaklong aku buat. Peh..memang terangkat abix. Kadang2 aku gi tinjau2 belakang umah nak cari pucuk ubi utk aku rebus. Bile xde jawab nyer mmg aku patah-patahkan dahan ubi tu sampaikan aku x sedar aku patahkan ubi jiran aku. Hahahaha.. Tapi xkan aku nak gi umah dia minta maaf plak kan . Kantoi lah aku mcm tu nanti. So aku wat x thu jer smpai lah esok tu dia berbual2 dengan mak aku and cite pokok ubi dia patah. Huhuhuhu...

10) Nak tahu ape yang aku nak dalam hidup aku? Aku nak sangat gi jalan2 kat Malaysia nie, makan angin sorang2. Tapi aku tahu benda tu x kan terjadi sebab memang susah pun family aku nak lepaskan aku nie kuar jalan sowang-sowang. Tapi kalau aku dapat wat ape yang aku nak tu alangkah indah nya. Aku nak gi jalan sorang-sorang kat tepi pantai. Nak gi semua tempat kat Malaysia nie yang aku rase leh tenangkan jiwa aku nie. Janji tempat tu x sibuk and nyaman.....

5 comments:

  1. akak pun teringin jgk nk jln2 kat m'sia sorg2..tp almaklumlah dah jd mama n isteri ni susah skit...hehe..moral of the story mase ikin bujang2 ni la amek peluang tu..dah keje nt..kumpul duit utk tu..wish u luck...

    ReplyDelete
  2. Kau nak botak ke kid?? astaga.. jgn bha...

    ReplyDelete